Me

can be contacted through sms/whatsapp 019-2382395

Monday, June 14, 2010

** Entry Merapik Alert **

Dah lewat ni.. tapi cam.. entah. Xrasa nk tido lagi. Klu nk pun xleh nk tido lagi sb baju belum gosok lagi.

Hm, perasaan adalah sayu sb bru je layan WGM. Ttba je rasa cam sedih sb tgk org bahagia. Sedih bukan sb jeles. Sedih sb diri sendiri xmampu nk bahagia. Hanya mampu menumpang sisa2 kasih.

Ttba je teringat statement Ikmal,' Suka sgt tgk benda2 camtu. Tau x benda tu semua rekaan. Jgn expect saya buat camtu'. Haish.. Sedih.

Hah! Iklan sat.. saya belum pernah cerita lagi. Dulu dulu dulu dulu.. ada sorang apek cina ni.. dia tegurkan tahi lalat kt pipi saya. Exactly bawah mata kiri saya. Dia kata xbagus. Selalu nangis. But being typical me, I take it for granted. I live life to the fullest. Heh. But then, dah tua2 ni..

Well.. Mungkin kebetulan.

Haish..

Sekarang ni, sesambil mengarang ayat ni.. Saya tgh layan my fav sad songs.. My Heart is cursing you & Without word - OST You're Beautiful.. Have you ever by Brandy.. Foolish Games by Jewel.. Hahahah.. elok sgtlah.. Feeling tgh sedih.. G dengar lagu sedih lagi.. bagus sgtlah tu..

Haish..

Back to my sedih mode. Hm.. Tau x sekarang ni saya tgh menumpang kasih kt seseorg?.. Hahaha.. xtau,kan? Hm.. Ni nk bagitaulah ni.. Dia tu adalah seseorg yg saya suka dulu. Tapi dia xsuka kt saya. Tapi entah knp, saya xboleh nk lupakan dia. Padahal xdepun bercinta apa pun. So, sepatutnya xdelah apa2 perasaan nk sedih ke apa? Tapi.. Entah. Camne ek nk explain?.. Dia kata dia xsuka saya, tapi.. at the same time, he's flirting with me. Macam memberi harapan disitu. Gitu.

Dia suka ke? x ke? klu ya, patutlah dia usik2 aku camtu? tapi dia kata xsuka aku. tapi kenapa dia bagi perhatian kt aku camtu? So, ada kekeliruan disitu.

Benda tu berterusan. Smpilah dia dismiss awal. hm.. dah xberjumpa dia lagi dah. Tapi, perasaan tu masih ada. Pelik,kan?.. Xbercinta. Xbercakap. Tapi boleh ada perasaan yg kuat camtu. Mungkinkah sebab itu cinta pertama saya??? Adakah? Apakah? bagaimanakah? kenapakah? siapakah? Hm..Oh!

12 tahun berlalu. Ttba je dia muncul! Jumpa dia dia facebook. Ttba je memori lama berpusu2 bermain di fikiran. Ttba je perasaan tu datang balik. haish.

Saya cuba memulakan bicara. Dingin. Saya abaikan sb mg itu sifatnya. Dingin. Mungkin juga disebabkan statusnya kini berubah. he's TAKEN! tapi, saya nekad untuk tahu kenapa dia buat saya macam tu 12 tahun yg lalu. Mesti!

Saya buat xtau saja bila jawapannya masih lagi seperti endah xendah. Tapi bila dicuba 2-3kali, reaksi masih sama. Saya betul2 terasa hati. Dia betul2 xsukakan saya. Jadi saya ambil keputusan utk tidak lagi mencuba.  Biarlah dia sorang je yg tahun apa yg terjadi 12 tahun yg lalu.

Tapi, entah.. ttba je satu hari dia ym saya. walaupun masih sakit hati. saya ttp layan dia dengan baik.

Dari hari ke hari, kami jadi rapat. bukan sahaja ber'ym' malahan bertelefon. Bayangkanlah. Dia di utara, saya di lembah klang. tapi itu seolah2 tidak menjadi masalah. Kami berbual bermacam2 topik. Adakalanya mengada2.. adakalanya serius.. dan ada juga bermanja2.. dan termasuklah persoalan yg selama ini tersimpan di hati saya. dan jawapannya.. kerana telah berpunya jadi tidak dapat menerima hati saya.. meskipun dia juga turut menaruh hati kepada saya.. apakah?? benar atau tidak. itu xpenting. yg penting. itu adalah jawapan yg saya nk dengar. buat masa ini. Heh!

Dan xterduga.. pada satu hari katanya dia mahu ke Lembah Klang. Ada kursus katanya. sesambil tu, dia nk jumpa saya.

APAKAHHHHH?????!!!!

Mana boleh! Saya bukan lagi seperti dulu. Badan sudah sebesar pokok baobab di Afrika. Muka sudah tidak seayu Ayu Raudah. Mana bisaaaaa imej ayu yg disimpan slma in musnah.....! Oh! Tidak!

Saya cuba menolak utk berjumpa. Tapi akhirnya mengalah. Memikirkan. Dia kan sudah berpunya. Xkan lah mau terjatuh hati dengan saya lagi? Pedulilah jika dia menganggap saya huduh. yang penting, saya mahu berjumpa dengan kawan lama saya.. Konon! hahaha..

Saya tabahkan hati. Berjumpa pada waktu yg ditetapkan. Ah! jantung berdegup laju saat pertama bertemu. Rasa cam nk lari. Balik rumah. Tambahan melihat reaksinya yg betul2 xmenduga saya sedemikian rupa. Hodoh betul saya di matanya. Hai, apalah yg sudah saya lakukan ni.. Menempah malu sendiri.

Tapi nk buat macamana. Terlajak perahu boleh diundur.. Terlajak perbuatan.. Haish..

Aktiviti dimulakan dengan mengisi perut dulu. Saya akan membawa dia ke kawasan yg lebih dikenali saya. Agaknya dia terperasan saya kekok. sepanjang masa, dia lebih banyak bercakap dari saya. mg sudah menjadi lumrah. saya agak pendiam bila bersama org yg saya xbiasa. lagi2 kalau saya dah terberkenan dengan org tu. Ah. Otot mulut saya turut nervous. Hahahaha..


Keadaan menjadi lebih lancar masa karok time. Hehehe.. Masa ni adalah flirting2 sket.. Huhuhu..

Selesai karok, hari pun dah lewat. Tidak lagi dapat kemana2. lalu pulang dengan hati berbunga.

Keesokkan harinya, tidak dapat bersama kerana dia mahu bersama kawan2nya. Oh, hancur harapan. Merajuk sendirian. Kerana being typical man, dia tidak mengetahui jika tidak diberitahu. Oh, mengapakah? Memujuk diri, dia milik org.. Biarkan saja. Oh, abaikan.

The following day. Menerima pesanan ringkas darinya. Jumaat sudah mahu pulang. Mahukah menghabiskan masa bersama sebelum berangkat? Sudah tentu mahu. Jadi kami bertemu lagi. Kali ini tidak kemana2 yg jauh. Oleh itu ke bandar kecil berdekatan tempatnya.

Kali ini kami lebih mesra. Tapi dalam hati saya sering kali mengingatkan diri saya.. milik org.. milik org.. ah.. mengapakah harus begitu..

selesai mkn hidangan kegemaran saya.. menemannya ke pasaraya berdekatan membeli buah tangan utk kasih hatinya. Bagaikan ditusuk sembilu. Pada waktu itu juga saya tersedar. Aku hanya menumpang kasih. Bukan itu sahaja.. acapkali dia mengingatkan dia sudah berpunya.. dan terkadang berbicara juga terselit kisah kesayangannya.. Oh, apakah? Pedih sungguh hati ini. Bodoh benar rasanya..

Meski bnyk disiarkan dikaca televisyen. Aku masih lagi dungu. Bukankah mereka2 ini akan pulang ke pangkuan yg tersayang. Aku ini hanya melukut. yang hanya duduk tepian gantang. Sedarlah diri........................................................................................................................................................ Mengharap sisa kasih.......................................................................................................................

Haish.. Bilalah dapat kasih sendiri..

Haish...

No comments: