Me

can be contacted through sms/whatsapp 019-2382395

Thursday, October 13, 2005

Buleh caya ke?

PUTRAJAYA 12 Okt. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyenaraikan 23 barangan kawalan di bawah Skim Kawalan Harga Barang-Barang Pengguna untuk dikuatkuasakan selama empat bulan mulai Sabtu ini, sempena tiga perayaan utama.
Skim yang disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa pembentangan Bajet 2006 di Parlimen pada 30 September lalu itu meliputi perayaan Deepavali, Hari Raya dan Tahun Baru Cina.

Menterinya, Datuk Mohd. Shafie Apdal berkata, barang itu ialah ayam (dua kategori), daging lembu tempatan, daging kerbau import (India), daging kambing tempatan bertulang, daging kambing import bertulang dan tanpa tulang, ikan kembung hitam tempatan, ikan bawal putih (2 kategori), udang putih besar (2 kategori) dan telur ayam gred A,B dan C.

Turut dikawal harga ialah kacang panjang, kobis bulat, cili merah, kelapa parut, bawang merah kecil (India), ubi kentang (China) dan tomato.

Bercakap dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini beliau berkata, penetapan harga siling 23 barangan terbabit mengikut 138 daerah di seluruh negara termasuk kawasan Parlimen di Perlis dengan menggunakan kuasa di bawah Seksyen 4, Akta Kawalan Harga 1946.

``Harga yang ditetapkan kali ini dijangka memberi manfaat kepada pengguna kerana kebanyakannya sama dengan harga semasa yang terdapat di pasaran atau pun lebih rendah,'' katanya.

Beliau memberitahu, bagi ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal) harga siling yang ditetapkan ialah RM6 sekilogram manakala ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) pula RM6.70 sekilogram.
Bagi daging lembu tempatan (RM18 sekilogram), daging kerbau import (RM7.50 sekilogram), daging kambing tempatan bertulang (RM23 sekilogram), daging kambing import bertulang (RM15 sekilogram) dan daging kambing import tanpa tulang (RM18 sekilogram).

Ikan kembung hitam (RM9 sekilogram), telur ayam gred A, (30 sen sebiji), telur ayam gred B (29 sen sebiji) dan telur ayam gred C (28 sen sebiji).

Kacang panjang (RM3.50 sekilogram), kobis bulat (RM2.50 sekilogram), cili merah (RM9 sekilogram), kelapa parut (RM3.50 sekilogram), bawang merah kecil (RM4 sekilogram), ubi kentang (RM2 sekilogram), tomato (RM4 sekilogram) dan kubis panjang (RM4 sekilogram).

Ikan bawal putih berat 401 gram dan ke atas seekor (RM50), ikan bawal putih berat antara 200 gram hingga 400 gram seekor (RM40), udang putih besar berat antara 26 ekor hingga 40 ekor sekilogram (RM50) dan udang putih besar berat antara 41 ekor hingga 60 ekor sekilogram (RM40).

Bagaimanapun, kata Shafie, terdapat barangan yang harganya sedikit berbeza mengikut negeri.

No comments: